dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Kolestrol Tinggi Bukan Masalah Orang Tua Saja, Ini Cara Turunkan

17 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Januari 2026, seorang peserta telah mengikuti Webinar Kolesterol Tinggi Bukan Masalah Orang Tua Saja, Ini Cara Turunkan yang diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai isu kolesterol tinggi yang bukan sahaja dialami oleh golongan berusia, malah boleh memberi kesan kepada semua peringkat umur.

Sepanjang sesi webinar, peserta didedahkan kepada punca berlakunya kolesterol tinggi, kesan terhadap kesihatan serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk menurunkan paras kolesterol. Penceramah turut berkongsi maklumat mengenai paras kolesterol normal, sederhana dan tinggi sebagai panduan kepada peserta untuk mengenal pasti tahap kolesterol masing-masing. Selain itu, amalan pemakanan sihat, kepentingan aktiviti fizikal dan gaya hidup seimbang turut diterangkan bagi membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan.

Selain itu, peserta turut terlibat dalam sesi soal jawab ringkas bagi meningkatkan kefahaman terhadap topik yang dibincangkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.